Wednesday, October 29, 2008

Hari Fine Arts



Pada hujung minggu yang lalu, saya banyak menghabiskan masa di galeri seni. Yang pertamanya, pada malam sabtu, memenuhi jemputan YM Raja Ahmad ke galeri RAnya. Kebetulan pula, kuratornya, Badrulhisham adalah kenalan rapat semasa belajar di Edinburgh dulu. Ini adalah pameran ke-17 bagi RA Fine Art Gallery, dan hampir lebih separuh daripada pelancaran pameran-pameran itu saya sertai. Walaupun bukan seorang artis ataupun faham tentang hal-hal seni, namun sejak perkenalan saya dengan Raja Ahmad juga sahabat-sahabat lain yang sentiasa bertemu di pameran-pameran ini, berjaya melembutkan hati saya terhadap hasil-hasil seni.

Kali ini, RA Fine Arts mengetengahkan satu pameran berjudul POP FICTION. Badrulhisham, yang juga seorang pensyarah seni di UiTM turut menulis satu artikel mengenai seni yang begitu menarik di dalam buku yang turut saya beli dari pameran itu.

Pada hari ahad berikutnya, saya menghadiri sebuah lagi perasmian pameran seni di Soka Gakai, Jalan Bukit Bintang, yang juga dianjurkan bersama dengan RA Fine Arts. Ia merupakan pameran solo Prof. Siti Zainon Ismail, yang berjudul Angin Si Pauh Janggi: Kenangan Makyong Khatijah Awang. Turut dibeli sebuah buku mengenai pameran ini.

1 comment:

fusarium solani said...

Menariknya aktiviti hujung minggu! Hm, lain kali war-warkan diblog terlebih dahulu :p manalah tahu boleh ikut sekali!