Thursday, September 25, 2008

Penerbangan pulang

Tiba masa untuk berangkat pulang setelah seminggu di Melbourne. Tadi dilayan oleh Suhaimi dan rakan-rakan makan nasi beriani kambing di restoran Malabar, kemudian terus dihantar ke lapangan terbang. Terima kasih semua sahabat di Melbourne, jasamu dikenang.

Datang ke sini 2 buah beg, pulang terpaksa dengan tambahan 1 lagi. Penuh dengan buku dan cenderahati, tak kurang juga peta dan brosur-brosur penting. Insya Allah, akan ada beberapa buah artikel yang akan ditulis kemudiannya.

Update: Lapangan Terbang Antarabangsa (Melbourne)

1 comment:

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

Selamat berangkat pulang tuan..Selamat menyambut aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara.