Thursday, September 4, 2008

After Dolly

Salam Ramadhan kepada sahabat-sahabat. Semoga Ramadhan ini menjadi bulan untuk kita menguatkan amalan baik. Terutamanya menyuburkan budaya membaca.


Saya sedang membaca buku kedua yang dibeli di Borders hari itu. Bertajuk "After Dolly: The Promise and Perils of Human Cloning", tulisan Ian Wilmut (saintis yang berjaya menemui kaedah pengklonan Dolly - kambing pertama diklonkan) dan Roger Highfield.


Bercakap tentang Dolly, saya dan keluarga berkesempatan bergambar bersama Dolly (yang telah mati dan diawetkan, dipamerkan di Royal Museum in Edinburgh). Masih lagi membaca buku ini. Begitu menarik, kerana Wilmut menceritakan secara terperinci bagaimana beliau dan pasukannya berusaha dan berjaya mencari kaedah pengklonan. Namun begitu, seperti tajuknya, After Dolly, buku ini secara keseluruhannya menceritakan tentang apa yang akan terjadi selepas Dolly. Adakah proses pengklonan akan diteruskan, terutamanya mengenai isu sensitif, pengklonan manusia?

Masih membacanya.....

2 comments:

masni qisrine said...

isu ni mcm sensitif sgt kan?
wajarkah kita mengklon org2 yg kita syg..hanya krn kita xredha utk berpisah dgnnya...
adakah kita akan melawan takdirNya

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

memang agak sensitif. Pengarang @ saintis yang menemui kaedah pengklonan Dolly pun berbicara tentang etika dan isu ini di dalam buku ini.