Thursday, September 25, 2008

Penerbangan pulang

Tiba masa untuk berangkat pulang setelah seminggu di Melbourne. Tadi dilayan oleh Suhaimi dan rakan-rakan makan nasi beriani kambing di restoran Malabar, kemudian terus dihantar ke lapangan terbang. Terima kasih semua sahabat di Melbourne, jasamu dikenang.

Datang ke sini 2 buah beg, pulang terpaksa dengan tambahan 1 lagi. Penuh dengan buku dan cenderahati, tak kurang juga peta dan brosur-brosur penting. Insya Allah, akan ada beberapa buah artikel yang akan ditulis kemudiannya.

Update: Lapangan Terbang Antarabangsa (Melbourne)

Hari akhir di Melbourne

Terasa malas nak keluar. Terperuk di bilik sahaja, sambil melihat bunga-bunga mekar. Hari ini hari terakhir di Melbourne. Malam nanti akan ke lapangan terbang. Menuju Malaysia, dan tentunya akan beraya di kampung halaman.

Maka, cuba membaca buku yang dibeli semalam, bertajuk The Birth of Melbourne, yang menjadi pelengkap lawatan saya ke sini.

Wednesday, September 24, 2008

Hari jalan-jalan di Melbourne City




Hari ini jalan-jalan. Dari pagi - ke Immigration Museum, kemudian ke City Museum, State Library dan akhir sekali ke Old Melbourne Gaol. Sambil-sambil cari dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Tak lupa singgah beberapa kedai buku membeli buku yang amat berkaitan dengan Melbourne - senibina dan juga budaya hidup masyarakatnya.

Yang menarik ialah pada setiap lokasi sejarahnya, selain menjual barangan cenderahati, tak kurang juga beberapa buah buku yang berkaitan dengan tempat itu. Terkejut juga apabila melawat Old Melbourne Gaol (penjara lama - dan seharusnya Penjara Pudu dibiarkan menjadi lokasi sejarah) terdapat beberapa buah buku berkaitan dengan banduan-banduan yang pernah dipenjara dan dihukum bunuh dalam sejarah Melbourne.

Immigration Museum pula merungkai pertanyaan saya mengenai keakraban masyarakat berbilang bangsa di sini. Seperti ramai yang tahu, Melbourne atau Australia secara keseluruhannya adalah sebuah pulau/benua. Tentunya kemasukkan masyarakat moden sini adalah daripada benua lain yang lebih maju.

Mengikut perangkaan di muzium itu terdapat 9 juta orang telah datang dan tinggal di negara ini sejak 1788. Kerana itulah saya dapati terlalu ramai orang asing di sini, terutamanya daripada negara-negara asia.

Di City Museum pula menceritakan semula perihal sejarah pembangunan Melbourne sebagai sebuah bandar seperti sekarang. Sempat membeli sebuah buku berkaitan dengan bangunan-bangunan lama yang sebahagiannya sudah dirobohkan. Juga menceritakan mengenai keunikan tram yang dahulunya digerakkan dengan menggunakan kabel bawah tanah, yang dipusingkan dengan kuasa wap. Tetapi kini telah ditukar menggunakan kuasa elektrik.

Tuesday, September 23, 2008

Melbourne


Sudah 3 hari di Melbourne. Menghadiri World Sustainable Building Conference. Hari ini baru boleh sambung internet. Bukannya bermasalah dengan internet, tetapi sebaliknya plug yang berbeza digunakan di Australia. Memaksa saya mencari plug adaptor di kedai hardware.

Melbourne begitu cantik. Tenang. Dan sekarang musim bunga. Begitu banyak hendak diceritakan tentang Melbourne, tetapi masa agak mencemburi saya. Insya Allah, nanti akan update.

Saturday, September 20, 2008

Bertemu Fashran @ Satellite building


Bertemu dengan bekas pelajar, yang akan menyambung pengajian peringkat Master di Manchester U, UK. Selamat jalan!

update: Satellite building


Kembara ke Melbourne, Australia

Sudah berada di KLIA. Selepas kenyang sepinggan nasi briani di KLIA, jam 11:50 malam nanti akan berangkat ke Melbourne, Australia untuk seminggu di sana. Menghadiri seminar World Sustainable Building 2008 di Melbourne Convention Exhibition Centre.

Bawa dan baca buku: Homecoming, by Bernhard Schlink


update: di KLIA

Monday, September 8, 2008

Buku lagi...


Dengan kos RM50.00, saya membeli 8 buah buku ini sabtu yang lepas di Payless (jualan gudangnya):

  1. Famous Irish Lives (Martin Wallace)
  2. The Great American Chili Book (Bill Bridges)
  3. Reviving Ophelia - Saving the Selves of Adolescent Girls (Dr. Mary Pipher)
  4. Growing Up (Russel Baker)
  5. aol.com (Kara Swisher)
  6. Ronald Reagan The Movie and Other Episodes in Political Demonology (Michael Rogin)
  7. Make It So: Leadership Lessons from Star Trek The Next Generation (Dr. Wess Roberts and Bill Ross)
  8. Raising A Teenager (Jeanne Elium & Don Elium)

Thursday, September 4, 2008

Pak Samad Ismail meninggal dunia


Pada 6:35 petang tadi, negara kehilangan seorang lagi tokoh, Pak Samad Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai. Al-Fatihah.

After Dolly

Salam Ramadhan kepada sahabat-sahabat. Semoga Ramadhan ini menjadi bulan untuk kita menguatkan amalan baik. Terutamanya menyuburkan budaya membaca.


Saya sedang membaca buku kedua yang dibeli di Borders hari itu. Bertajuk "After Dolly: The Promise and Perils of Human Cloning", tulisan Ian Wilmut (saintis yang berjaya menemui kaedah pengklonan Dolly - kambing pertama diklonkan) dan Roger Highfield.


Bercakap tentang Dolly, saya dan keluarga berkesempatan bergambar bersama Dolly (yang telah mati dan diawetkan, dipamerkan di Royal Museum in Edinburgh). Masih lagi membaca buku ini. Begitu menarik, kerana Wilmut menceritakan secara terperinci bagaimana beliau dan pasukannya berusaha dan berjaya mencari kaedah pengklonan. Namun begitu, seperti tajuknya, After Dolly, buku ini secara keseluruhannya menceritakan tentang apa yang akan terjadi selepas Dolly. Adakah proses pengklonan akan diteruskan, terutamanya mengenai isu sensitif, pengklonan manusia?

Masih membacanya.....