Sunday, April 13, 2008

Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Ahad, 13-04-08 hari ini merupakan hari terakhir 'syurga buku' kepada pencinta-pencintanya. Saya ke sana lagi, untuk membeli kali terakhir dan juga melaksanakan Forum Malaysia Membaca 2008. Alhamdulillah. Sila lihat foto-foto yang sempat dirakamkan di album foto saya. Cerita lanjut mengenai forum ini akan ditulis esok. Mata dan minda sudah begitu letih, menunggu masa untuk melelapkan mata seketika.

Buku-buku yang telah dibeli:
  1. Gilgamesh
  2. Foley, the spy who saved 10,000 jews
  3. China to Chinatown: Chinese Food in the West
  4. The China Dream
  5. Brand Warriors China: Creating Sustainable Brand Capital
  6. Power Failure: The Rise and Fall of Enron
  7. The Men Who Persevered
Usai forum, ramai-ramai ke kedai makan di belakang Hospital Pusrawi. Antara yang hadir: Dr. Abu Hassan Hasbullah, Ali Dina, Shamsuddin Abdul Kadir, Zamri Mohamad, Ainon Mohamad, Prof. Emeritus Abdullah Hassan, sahabat Zamri (terlupa namanya), Zin Mahmud, Rahimi dan Sayed Munawar.

Hasil dari sembang-sembang di restoran ini, kami bersepakat untuk mewujudkan gelombang membaca yang lebih kuat dan berpengaruh. Insya Allah, perjuangan ini akan diteruskan tanpa ada titik noktahnya.

5 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam,

Hari terakhir Pesta Buku kali ini adalah paling manis bagi saya kerana buku-buku yang saya beli untuk projek perpustakaan rumah anak yatim di Machang dapat diskaun terhebat dari PTS!

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Alhamdulillah DrBubbles. Semoga usaha and mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Anonymous said...

Alhamdulilah, sepanjang 2 tahun ini saya tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan pengunjung dan para pembaca untuk berkongsikan pandangan.

Hari terakhir adalah hari yang banyak meninggalkan 1001 kenangan dalam hidup saya.

Gembira juga saya dapat berkenalan dengan Tuan Syakirin. semoga kita terus kekalkan persahabatan yang baru terjalin ini.

Zamri Mohamad said...

Hehheeh jam 4.30 pagi saya terbaca artikel Tuan di Utusan Online.

:)

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Shamsuddin: seronok bertemu saudara. Semoga persahabatan ini berkekalan juga, Insya Allah.

Zamri: 4:30 pagi? Wah! mencari idea menulis ke?