Thursday, April 10, 2008

Akhirnya.....

Alhamdullillah, setelah hampir seminggu berusaha, akhirnya sebuah buku yang telah saya usahakan (Gombak's Nature Secret) berjaya juga dihantar ke blurb.com (http://blurb.com). Hampir-hampir kecewa disebabkan ada masalah dengan connection dari talian kita di Malaysia dengan laman blurb di US. Hampir setiap hari pasti saya akan mengganggu pekerja-pekerja blurb menerusi email, mohon bantuan. Hari ini, berita gembira kerana saya boleh menghantar hasil karya saya ke sana menerusi YOU SEND IT. Ia pasti membuka semula hati dan fikiran saya untuk bersemangat semula menghasilkan buku-buku lain yang akan diterbitkan oleh blurb.com. Mudah-mudahan dipermudahkan.

2 comments:

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

Wah..tahniah!..bagaimana agaknya konsep buku yang diterbitkan oleh blurb.com tu yer

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

terima kasih faizal. Insya Allah, nanti saya akan terangkan di dalam catatan.