Mula-mula teragak-agak untuk membeli buku ini. Walaupun tajuknya begitu pantas memaut hati ini - Saving Israel: How the Jewish People Can Win a War That May Never End (oleh Daniel Gordis). Teragak-agak kerana takut pengaruh buku itu menggoncang kepercayaan. Dan kebencian terhadap bangsa Yahudi yang dilaknat Allah ini memang tak pernah luntur.
Namun, apabila berjaya memujuk hati, buku ini dibeli. Dibaca. Dinilai.
Ya, tentunya ia ditulis oleh seorang Yahudi. Malah buku ini dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama untuk National Jewish Book Awards.
Ya, memang ada bias. Sememangnya bias kepada Yahudi dan Israel. Islam dan Palestin digambarkan begitu buruk - sebagai pengganas. Ya, penulisnya juga menggambarkan perjuangan membentuk negara Israel adalah begitu 'mulia'.
Tetapi di sebalik segala tulisan yang sememangnya amat diketahui akan lebih memihak kepada mereka dengan memburukkan Islam dan Palestin, terdapat juga satu kejujuran yang mungkin kita ketahui.
Bahawa, remaja Yahudi di Israel sekarang sudah mulai mempersoalkan kewujudan Israel dan kezaliman terhadap orang-orang Palestin. Ya, mungkin ini satu bentuk propaganda penulis untuk menghalalkan segala perancangan mereka.
Namun begitu, sepanjang pembacaan saya ini saya dapati penulisnya begitu risau dengan keadaan tersebut. Maka, beberapa cadangan disuarakan. Mengenai pentingnya mempelajari sejarah (ya, sejarah juga boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka).
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengenali mereka di Israel. Bukannya untuk bersimpati dengan 'perjuangan' mereka, sebaliknya sebagai satu kefahaman untuk berdakwah. Ya, bukannya mudah. Al-Quran sendiri banyak menceritakan bagaimana bangsa ini dimuliakan Allah satu ketika dahulu, tetapi disebabkan oleh perangai bangsa itu sendiri jugalah mereka menjadi bangsa yang terhina!
Cuma, teori saya, sekiranya mereka dapat didekati dan didakwah, dengan berkat hidayah yang Allah berikan, mereka mungkin dapat diselamatkan. Bukankah Islam itu menyelamat?
Juga saya berteori, tentang apabila tibanya Imam Mahdi dan Nabi Isa turun ke bumi, kiamat nanti, untuk membunuh Yahudi, adakah ia lebih mudah apabila semua bangsa itu dikumpulkan di satu tempat? Iaitu - ISRAEL?
Sebenarnya negara yang mereka inginkan, tubuhkan dan makmurkan itu adalah juga kubur mereka akhir nanti. Dan akhirnya Yahudi tidak akan pernah dapat sebidang tanah pun di muka bumi ini selama-lamanya- seperti yang telah termaktub dalam sejarah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.
Memang ada kalangan Yahudi ortodoks dan generasi baru yang menentang pengumpulan kesemua bangsa Yahudi di Palestin kerana sebilangan mereka tahu dan percaya bahawa di situlah akhirnya bangsa ini bakal menemui kemusnahan. Tapi agaknya memang dasar bangsa degil, dan kedegilan inilah yang akan membawa padah akhirnya.
suka buku2 begitu. Baca dan nilai, jangan terpesong sudahlah. Kuatkan iman. =)
entri terbaru: Kenapa ada orang tak suka baca buku?
Post a Comment