Saturday, March 27, 2010
Hasil tangkapan dari PBAKL
Saya hanya berkesempatan ke PBAKL sekali sahaja tahun ini. Mungkin faktor belanjawan menjadi penghalang utama untuk ke sana pada awal minggu ia dibuka. Dan faktor kesesakan pada hari-hari terakhir ia berlangsung. Apatah lagi dengan kesesakan yang dijangka berlaku pada hari ini, bersempena dengan mesyuarat agung pertama PERKASA yang berlangsung pagi tadi.
Namun begitu, lawatan ke PBAKL semalam tidak menghampakan. Saya hanya membeli dua buah buku baru dari gerai PENGUIN. Tetapi bukan buku-buku itu yang istimewa.
Sebaliknya pembelian dari gerai Arkib Negara amat bermakna. Dengan RM50, saya berjaya membawa pulang 10 buah buku ucapan Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir. Yang mungkin tidak akan dapat dijumpa atau dibeli dari kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Malah, dengan potongan 70% untuk setiap buku yang berkulit keras dan 'tidak berwajah' itu memang berbaloi untuk nilai wang saya.
Sekiranya buku-buku ini dibeli dari Arkib Negara selain dari promosi sempena PBAKL, kata penjualnya, harga asal setiap satunya lebih daripada RM20. Sebaliknya dengan potongan 70% itu, hanya RM3.00 lebih saya sudah mampu tersenyum puas!!
Tentu banyak yang boleh dipelajari daripada setiap ucapan bekas-bekas perdana menteri kita ini. Ucapan-ucapan yang disimpan rapi di Arkib Negara ini tentunya dapat saya gunakan semula untuk menguatkan hujah-hujah penulisan saya nanti.
Bukankah tema PBAKL 2010 ini bertemakan Buku: Lakaran Masa Hadapan?!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya masuk juga ke gerai Arkib tapi tak terperasan pulak tu... mungkin sebab tengok Hard cover... first imression.. 'mahal'... rezeki takder ler tu :)... bagus kalau nak kaji pemikiran hamba2 Allah tu...
rahimi
iyer...memang menarik nak kaji pemikiran mereka. yang baik dijadikan teladan. yang buruh dijadikan sempadan. btw...tak jumpa pun buku yang ustaz cakap hari tu :(
Post a Comment