Thursday, January 29, 2009

3 tahun untuk membaca

Agak sibuk kebelakangan ini, sejak mula menjadi pelajar semula. Ramai pelajar-pelajar saya menegur, bagaimana keadaan sekarang. Dan terus-terang saya katakan semula, dah menjadi pelajar semula ini tentunya tampak lebih muda dan riang!

Saya diambang akhir pencarian ilmu formal saya, di tahap PhD ini tentunya banyak dugaan dan cabaran. Malah setelah tiga tahun mencari tempat dan supervisor yang bersesuaian, akhirnya pada tanggal Isnin, 19 Januari 2009 yang lepas, saya berjaya mendaftarkan diri di sebuah universiti di selatan tanahair, yang pernah menjadi tempat pencarian ilmu ketika muda-muda dulu.

Bidang yang sedang diceburi ini tentunya bidang yang masih baru di Malaysia; Pengurusan Kemudahan. Apa yang sedang dilakukan sekarang, pada peringkat 6 bulan yang pertama ini adalah duduk diam-diam di bilik dan baca, baca dan baca...tentunya inilah yang seronoknya menjadi pelajar semula!

2 comments:

Zaki Isa said...

Selamat kembali menjadi pelajar semula. Saya pula bakal meninggalkan dunia pelajar pada Mac nanti. Mungkin bukan untuk selama-lamanya, insyaAllah. Semoga berjaya!

Anonymous said...

Tahniah En Khairusy dan selamat mengutip ilmu sebagai pelajar kembali. Niat saya mengikut jejak PhD ada, tapi untuk masa sekarang, terpaksa diurungkan dulu.