Tuesday, February 26, 2008

2008: Jadikan tahun ini tahun gaul buku

Di portal terbaru bukuonline (http://www.bukuonline.uni.cc), kami ingin menjadikan tahun 2008 sebagai tahun gaul buku.

Ada beberapa kaedah, sama ada secara paksaan atau secara sukarela. Namun bagi kami di bukuonline percaya kedua-dua kaedah perlu digunakan untuk memastikan masyarakat membaca. Secara paksaan bermakna ia perlu dijadikan sebagai polisi hidup. Polisi yang dibentuk itu perlulah mampu mendasari beberapa dasar utama kerajaan di dalam memastikan ekonomi negara tetap kukuh. Manakala kaedah secara sukarela ialah kaedah yang lahir dari hati. Jujur membaca kerana suruhan agama untuk mencari ilmu kerana Allah.

2008 tahun gaul buku bukanlah sekadar satu retorik. Biarpun ia adalah satu kata-kata berbentuk retorik, tetapi ia akan mampu menjadi satu pemacu utama kepada perubahan sekiranya ia mempunyai jisim yang cukup mantap untuk kemudiannya direalisasikan.

Semestinya satu perancangan lebih terperinci perlu dihasilkan. Insya Allah untuk itu, bukuonline akan menganjurkan Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-3 pada 23 April 2008 (Rabu) yang akan datang. Nantikan kemunculannya.

4 comments:

Mohd Faizal said...

Tidak sabar rasanya menunggu Pesta Buku KL_08 untuk sama-sama menggaul buku di sana ! :-)

Nisah Haji Haron said...

Kenapa Seminar Pencinta Buku tahun ini buat pada hari Rabu?

Taiki said...

rasa terpanggil untuk turut serta

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

kak nisah: terpaksa buat hari rabu sebab fokus peserta untuk tahun ini adalah dari kakitangan kerajaan.

faizal: nanti kita setkan tarikh, kita beli borong buku sama-sama

aliff: ayuh...kita ramaikan acara ini.