Jadi, apa masalahnya? Mengapa perlu ambil peduli jika semua jawapan di atas telah terjawab? Bagi saya, jawapan yang betul belum lagi terbukti benar. Apa alasannya?
Alasannya banyak. Antaranya masalah sosial yang berlaku. Ada pula yang mengatakan, masalah sosial bukannya masalah hasil dari tidak membaca. Malah, masyarakat barat yang terlalu banyak membaca pun banyak menimbulkan masalah masyarakatnya sendiri.
Jadi, tentunya ada yang masih tidak kena.
Pada saya, mungkin kerana hasil pembacaan itu tidak berkualiti. Banyak membaca 'sampah' daripada ilmu. Saya kutip kata-kata Datuk Hassan Ahmad ketika merasmikan Kelab Buku Kanak-kanak Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 Julai 1979, bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah bangsa itu maju. Bahan bacaan perlu dipilih '....membaca bahan-bahan yang sesuai dan bermutu adalah penting bagi perkembangan mental, perkembangan intelek individu'.
Maknanya, pembacaan yang berkualiti adalah membaca bahan-bahan bacaan yang terpilih. Yang berilmu. Kerana dengan ilmulah, sesebuah masyarakat itu akan memilih kebenaran, dalam ertikata yang sebenarnya.
Memetik tulisan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin:
4 comments:
Hi Khairusy,
Kdg kala membaca sampah itu menjadi satu ketagihan apabila bahan bacaan bermutu itu terlalu mahal utk dimiliki.
Kdg kala membaca sampah itu menjadi satu amalan kerana tidak dididik sejak bayi.
ya, benar kata-kata itu. 'Sampah' yang dilonggokkan terlalu banyak, berbanding 'emas' yang sebenarnya perlu dikejar.
Salam perkenalan dari Studio Inspirasi - http://studio.ibnuariff.com
Saya sokong usaha anda untuk mengambil berat tentang budaya membaca di Malaysia.
Terima kasih ibnu...semoga usaha ini dapat kita gerakkan bersama
Post a Comment