Thursday, July 22, 2010

Hitler seorang biblioholist?


Kembara ke MPH malam tadi menemukan saya dengan dua buah buku: NOTA KAKI (JOHAN JAAFAR) dan Hitler's Private Library: The books that shaped his life.

Kebetulan pula saya menerima e-mail berkaitan dengan hubungan Hitler dengan Islam, buku ini akan cuba membuka akal saya untuk mengkaji kehidupan Hitler yang lebih dikenali sebagai pembakar buku daripada dikenali sebagai seorang pembaca. Namun, rupa-rupanya Hitler memang seorang Biblioholist!

Berkaitan dengan hubungan Hitler dengan Islam, beliau dilaporkan amat meminati Islam, lebih-lebih lagi apabila membaca tentang sejarah Yahudi dan hubungan mereka dengan Islam.

Namun, saya masih berfikir mungkin propaganda Yahudi juga untuk mengaitkan Hitler dengan Islam, kerana semua sedia maklum tentang perbuatan anti-Yahudi Hitler yang membunuh jutaan umat Yahudi. Mungkin apabila dapat mengaitkan Hitler dengan Islam, maka definisi keganasan pada masa kini dapat dibuktikan secara lebih jelas untuk mengatakan Islam adalah ganas!


Mungkin ada benarnya Hitler mengagumi Islam. Dan kita juga tidak dapat menolak, mungkin ini juga antara perancangan Yahudi yang kita sedia tahu mereka amat licik dalam perancangan. Tapi kita lebih yakin bahawa Allah lebih bijak melakukan sebarang perancangan!!

1 comment:

najibah.abubakar said...

Tuan Khairusy,

Saya ada terfikir teori yang sama berkenaan Hitler tersebut, mungkin bila dapat mengaitkan Islam dengan Hitler, nama Islam akan semakin buruk dengan konotasi terorisme dan anti-Yahudi.

Namun menurut seorang pembaca di Goodreads Malaysia, Khairul H, yang juga seorang blogger di http://themalaysianreader.com, gambar yang ditunjukkan bukan tentera Jerman. Saya petik terus e-mel daripadanya: "Itu bukan gambar tentera Jerman. Itu rakyat Bosnia yg masuk Waffen SS (unit elit askar Nazi) ketika Nazi Jerman menakluk Yugoslavia pada tahun 1941. Bosnia anti-Serb dan Serb pula anti-Nazi. Jadi, "the enemy of my enemy is my friend". Biasalah politik."

Apapun sangat berminat dengan kedua-dua buku yang Tuan Khairusy miliki di atas.