Sunday, November 15, 2009

Tidak lagi membaca buku?


Ruang masa untuk saya membaca sesebuah buku beberapa ketika ini sudah menjadi amat terhad. Bukannya sebagai satu alasan untuk tidak membaca. Malah, saya sentiasa komited untuk mengatakan pengurusan masa perlu betul untuk menjadikan membaca satu budaya. Namun, kesibukan saya kali ini adalah kerana saya perlu beralih arah daripada membaca sesebuah buku kepada membaca puluhan kertas seminar. Amalan membaca saya juga mula berubah. Daripada santai menjadi lebih serius. Saya perlu menggunakan kedua-dua belah otak untuk membaca dan membedah setiap isi bacaan saya. Bukan sekadar untuk membaca - malah sebaliknya lebih kritis dalam pembacaan. Ini adalah kerana saya sedang belajar - untuk 'menyudahkan' sistem pendidikan saya ke peringkat, yang orang kata, 'penamat sesuatu pendidikan', iaitu PhD. Namun saya sentiasa sedar, pembelajaran tidak akan tamat selagi kita tidak dikuburkan.

Tuesday, November 10, 2009

Hadiah yang bermakna


Buku ini amat bermakna. Pertama kerana ia adalah himpunan tulisan berkaitan dengan isu-isu dalam sejarah pemikiran (yang memang saya minati). Kedua kerana ia dihasilkan untuk mengenang persaraan Dr. Abdul Rahman Abdullah (yang saya rasakan tentu beliau adalah seorang pensyarah atau guru yang amat disenangi) dan ketiganya kerana ia adalah salah sebuah dari dua buku (sebuah lagi bertajuk Java Man) yang dihadiahkan oleh isteri saya sempena ulangtahun ke-10 perkahwinan kami pada 31 Okotber yang lepas. Terima kasih!

Sunday, November 1, 2009

10 sebab anda perlu membaca buku ini


  1. Untuk mengenali siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj;
  2. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj adalah salah-satu daripada 10 petanda besar kiamat. Wajib tahu;
  3. Mengetahui sejarah sebenar negara haram Israel, dan hak orang Yahudi terhadap Baitulmuqadis. Ada kaitannya dengan Yakjuj dan Makjuj.
  4. Melawan perang saraf dari Barat, yang telah memukul gendang memberitahu dunia bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Arab dan orang Islam. Kerana itulah mereka menghalalkan peperangan di Afghanistan dan Iraq.
  5. Mengetahui penyelewengan terhadap Injil dan Taurat, terutamanya ayat-ayat yang berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj.
  6. Bagaimana tamadun-tamadun dulu hilang dan musnah, seperti Babilon yang telah dimusnahkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
  7. Lokasi Yakjuj dan Makjuj.
  8. Suku-suku Yakjuj dan Makjuj yang telah bertebaran di dunia kini.
  9. Hadis Nabi mengenai Yakjuj dan Makjuj.
  10. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman, dan bagaimana Nabi Isa menentang mereka dengan kuasa Allah.
Sebenarnya banyak lagi sebab anda perlu membaca buku ini. Saya baru menghabiskannya...