Al-Fatihah atas pemergian Tun Ghazali Shafie. Mengikut Utusan Online hari ini, PM mencadangkan supaya seorang penulis dilantik untuk menulis memoir Allahyarham. Menanti ketibaan buku ini di pasaran.
PETALING JAYA 25 Jan. - Kerajaan bercadang melantik seorang penulis bagi menulis memoir bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie kerana beliau terlibat dalam banyak proses pembentukan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan allahyarham sangat penting terutama ketika negara menghadapi detik cemas seperti konfrontasi, pemberontakan komunis dan peristiwa hitam 13 Mei 1969. - Utusan
Rupa-rupanya sudah 13 hari tahun 2010 menjenguk masuk. Tidak sempat untuk saya catat peristiwa penting itu. Walaupun internet di hujung jari, namun kesibukan diri dengan perkara-perkara lain tidak memungkinkan saya untuk mencatatkan sesuatu sebagai lambang bermulanya tahun baharu di blog ini. Terasa segalanya berlalu begitu pantas.
Azam tahun ini, pastinya ingin membaca lebih banyak. Azam untuk membaca 100 buah buku di dalam tahun 2010. Dan pastinya buku-buku yang berkualiti dan berilmu. Azam juga untuk melihat amalan membaca akan menjadi satu budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Tentunya artikel-artikel saya sudah tidak diperlukan untuk mengupas amalan-budaya membaca ini. Sebaliknya saya akan melakukannya dengan lebih sistematik mengikut adab ilmu yang akan disusuli dengan gerak kerja dan teori yang lebih bersifat akademik.
Juga di tahun ini, ingin saya memiliki sebuah rak buku yang benar-benar menggambarkan tradisi ilmu yang tinggi. Sebuah rak (sebenarnya lebih dari satu rak diperlukan) yang menempatkan buku-buku yang dimiliki, bukannya di sebuah bilik yang digelar perpustakaan, sebaliknya lebih dirakyatkan, untuk diletakkan di kawasan umum di rumah saya.
Saya perlu lebih pantas membaca. Lebih perlu tersusun minda untuk menterjemahkan semua pembacaan itu ke dalam bentuk tulisan - mungkin dalam bentuk sebuah buku. Saya perlu lebih memilih untuk membeli bahan bacaan. Perlu lebih berani untuk menerokai ruang ilmu yang lebih berat.
Umur 35 tahun yang baru beberapa hari diraikan perlu saya raikannya dengan kematangan berfikir. Kematangan bertindak. Dan terpenting, berazam ingin melihat semua lapisan masyarakat di Malaysia dididik dengan ilmu yang lebih tinggi sifatnya.
Moga Allah memberi kekuatan untuk saya merealisasikannya dalam tahun 2010 ini.....
Ini merupakan buku tulisan Gladwell yang keempat. Saya sudah memiliki keempat-empatnya. Cuma buku yang keempat ini agak berbeza kulitnya daripada yang ketiga-tiga buku Gladwell sebelum ini. Rupa-rupanya ada edisi yang sama dengan buku-buku lain Gladwell, iaitu yang berkulit putih. Saya perlu mendapatkan edisi itu untuk melengkapkan koleksi Gladwell.
Buku keempat ini yang bertajuk What the dog saw (terbit Oktober 2009), merupakan himpunan tulisan beliau di dalam akhbar. Gladwell, yang terkenal dengan ketiga-tiga buah buku yang ditulis bersahaja namun padat dengan ilmu - The Tipping Point, Blink dan Outliers, terus menulis dengan ala bersahajanya. Namun, apa yang isitimewanya dengan tulisan beliau ialah cara beliau melihat sesuatu itu daripada pandangan seorang yang memiliki 'mata mikroskop' dan berjaya menterjemahkan semula pandangannya itu ke dalam bentuk kata-kata yang mudah difahami dan padat dengan ilmu! Kerana itulah saya sentiasa mengikuti perkembangan tulisan beliau.
PEMIKIR Oktober-Disember 2009 sudah habis dibaca. Seperti biasa, jurnal yang diterbitkan Utusan Karya 4 kali setahun yang dilanggan ayah, menjadi bacaan wajib saya dan diletakkan cantik menghiasi rak buku putih.
Yang menarik tentang edisi terkini ini ialah berkisar tentang peranan teknologi maklumat di dalam mewarnai senario politik negara. Walaupun sudah acapkali didengar peranan blog di dalam meruntuhkan tembok pemerintahan negara ke tangan pembangkang, terutamanya kepada 4+1 negeri, PEMIKIR kali ini telah mengupas isu-isu berkaitan dengan pasca pilihanraya 2008 dengan lebih terperinci dan telus. Masing-masing pengkaji yang menulis di PEMIKIR edisi ini bersetuju bahawa media arus perdana harus menilai semula ketelusan berita yang dikupas mereka. Berbanding dengan media alternatif di internet, walaupun banyak juga yang berunsurkan fitnah, tidak kurang pula yang berjaya mengorek 'dosa-dosa' kerajaan. Dan telah menjadi lumrah manusia untuk tertarik kepada sensasi!
Ruang masa untuk saya membaca sesebuah buku beberapa ketika ini sudah menjadi amat terhad. Bukannya sebagai satu alasan untuk tidak membaca. Malah, saya sentiasa komited untuk mengatakan pengurusan masa perlu betul untuk menjadikan membaca satu budaya. Namun, kesibukan saya kali ini adalah kerana saya perlu beralih arah daripada membaca sesebuah buku kepada membaca puluhan kertas seminar. Amalan membaca saya juga mula berubah. Daripada santai menjadi lebih serius. Saya perlu menggunakan kedua-dua belah otak untuk membaca dan membedah setiap isi bacaan saya. Bukan sekadar untuk membaca - malah sebaliknya lebih kritis dalam pembacaan. Ini adalah kerana saya sedang belajar - untuk 'menyudahkan' sistem pendidikan saya ke peringkat, yang orang kata, 'penamat sesuatu pendidikan', iaitu PhD. Namun saya sentiasa sedar, pembelajaran tidak akan tamat selagi kita tidak dikuburkan.
Buku ini amat bermakna. Pertama kerana ia adalah himpunan tulisan berkaitan dengan isu-isu dalam sejarah pemikiran (yang memang saya minati). Kedua kerana ia dihasilkan untuk mengenang persaraan Dr. Abdul Rahman Abdullah (yang saya rasakan tentu beliau adalah seorang pensyarah atau guru yang amat disenangi) dan ketiganya kerana ia adalah salah sebuah dari dua buku (sebuah lagi bertajuk Java Man) yang dihadiahkan oleh isteri saya sempena ulangtahun ke-10 perkahwinan kami pada 31 Okotber yang lepas. Terima kasih!
Untuk mengenali siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj;
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj adalah salah-satu daripada 10 petanda besar kiamat. Wajib tahu;
Mengetahui sejarah sebenar negara haram Israel, dan hak orang Yahudi terhadap Baitulmuqadis. Ada kaitannya dengan Yakjuj dan Makjuj.
Melawan perang saraf dari Barat, yang telah memukul gendang memberitahu dunia bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Arab dan orang Islam. Kerana itulah mereka menghalalkan peperangan di Afghanistan dan Iraq.
Mengetahui penyelewengan terhadap Injil dan Taurat, terutamanya ayat-ayat yang berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj.
Bagaimana tamadun-tamadun dulu hilang dan musnah, seperti Babilon yang telah dimusnahkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Lokasi Yakjuj dan Makjuj.
Suku-suku Yakjuj dan Makjuj yang telah bertebaran di dunia kini.
Hadis Nabi mengenai Yakjuj dan Makjuj.
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman, dan bagaimana Nabi Isa menentang mereka dengan kuasa Allah.
Sebenarnya banyak lagi sebab anda perlu membaca buku ini. Saya baru menghabiskannya...
Tentunya ramai sudah sedar dan mengetahui bahawa dunia kini sudah diambang maut. Segala apa yang berlaku saban hari, sama ada di berita nasional mahupun di peringkat antarabangsa, kita merupakan antara umat terakhir menduduki bumi ini.
Telah begitu banyak bukti yang menunjukkan bahawa, pada setiap detik, jam, hari dan bulan. Kita sebenarnya menghampiri ruang kubur dan dunia baru.
Peperangan yang telah menjadi satu titik sejarah hitam zaman kuno masih lagi relevan sehingga sekarang, malah mungkin sehingga hari kiamat. Manusia dibunuh saban hari. Sama ada secara kekerasan melalui peperangan, mahupun secara lembut menerusi segala jenis ism buatan manusia.
Manusia semakin hilang akal dan budi. Meratapi berita-berita sedih yang berlaku di hampir serata dunia, dan yang terkini di Palestin memang mencengkam jiwa dan akal budi normal manusia. Namun apa yang boleh kita lakukan di dalam kekalutan dengan ketidakupayaan sendiri?
Mengulit buku terjemahan terbaru Nazel Hashim Mohamad terhadap buku tulisan Dr. Daisaku Ikeda, iaitu Penyair Diraja dan penerima Anugerah Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang bertajuk Sahabat yang Sentiasa di Hati (yang diterbitkan oleh GAPENA), membawa pembaca ke dunia penuh dialog antara Dr. Ikeda dengan 30 orang rakan dialognya.
Hampir separuh daripada rakan-rakan dialognya ini pernah menjadi mangsa peperangan, dan tak kurang juga menjadi reformis keamanan yang cuba menolak perang dari diari kehidupan manusia.
Dr. Ikeda cuba merungkai sejarah dan rahsia persengketaan dan peperangan. Kesengsaraan yang beliau cuba rasai hasil daripada penceritaan semula rakan-rakan dialognya, yang terdiri daripada para pemimpin dunia dan cendekiawan, yang cuba memperlihatkan betapa sengsaranya manusia yang terhimpit di dalam persengketaan buatan manusia.
Peperangan bukan sahaja memusnahkan harta-benda awam, malah ada juga diantaranya memusnahkan ketamadunan manusia itu sendiri. Universiti-universiti tidak terlepas daripada diranapkan oleh peperangan. Bukannya secara fizikal semata-mata, malah yang lebih tragisnya kepada mental para pendidik dan mahasiswa-mahasiswinya.
Ada di antara rakan dialog Dr. Ikeda, yang pernah menjadi ikon dunia seperti Rosa Parks (pejuang hak awam di Amerika Syarikat), Fidel V. Ramos (mantan Presiden Republik Filipina), Rajiv Gandhi (mantan Perdana Menteri India yang mati dibunuh), dan Nelson Mandela, berkongsi cerita dan wawasan dengan Dr. Ikeda mengenai pentingnya kemakmuran tanpa peperangan dan persengketaan.
Dr. Ikeda amat beruntung kerana dapat menemui pemimpin-pemimpin ini untuk menjadi rakan dialognya, dan menuliskannya kembali di dalam bentuk catatan untuk generasi akan datang membacanya, seterusnya menilai semula tentang perlunya usaha untuk mendamaikan setiap persengketaan antara manusia.
Tentunya ia bukan satu perkara yang mudah. Pada setiap tamadun, tentu ada persengketaan yang membawa kepada peperangan, tetapi pada setiap tamadun jugalah tentu ada manusia yang mendambakan diri mereka untuk mencari penyelesaian dan kedamaian.
Seperti yang ditulis khas oleh Dr. Ikeda di dalam prakatanya untuk buku terjemahan Bahasa Melayu ini:
Kalaulah kata sengsara itu dapat dihapuskan dari dunia ini! Inilah impian guru tercinta saya Encik Josei Toda...itu jugalah impian sana. Tetapi bagaimana dapat kita merealisasikannya? Saya percaya, cara paling meyakinkannya ialah menerusi dialog.
Kredit untuk Tuan Faizal, editor Majalahsains.com kerana sudi menerbitkan semula artikel saya di laman Majalahsains.com. Semoga ia dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada pembacanya.
Walaupun buku yang ada belum habis dibaca, masih tergerak di hati untuk mengunjungi toko buku. Tetapi telah pasang niat untuk membeli sebuah dua untuk bulan ini. Lalu disambar dua buah buku di MPH tengah hari tadi: Travelog Iran (Dina Sulaiman) dan The Reagan Diaries (Ronald Reagan). Akan dibaca nanti....
Masih membaca Yakjuj Makjuj....agak lambat kerana banyak perkara lain sedang dilakukan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang amat apabila membaca buku ini, selain daripada ingin mengetahui 'perihal misteri' kaum-kaum ini. Pengarangnya amat tekun mencari sumber-sumber yang dipercayai, sekaligus kadang-kala menidakkan beberapa sumber yang tidak dipercayai dan yang mempunyai unsur pemesongan fakta sejarah. Beliau, seperti mana-mana penyelidik yang lainnya, dapat menyakinkan pembacanya dengan menyelusuri bahan-bahan yang secara amnya tidak dapat dicapai oleh pembaca biasa. Ini kekuatan buku ini. Yang paling menarik perhatian saya ialah Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel serta Kaitannya dengan Yakjuj dan Makjuj Scythia (muka surat 220 - 248), dengan bersumberkan pada beberapa sumber yang dipercayai. Menariknya kerana ia memaparkan beberapa tarikh kelahiran nabi-nabi (yang banyak itu tidak semua diketahui), juga tarikh-tarikh penting dalam sejarah. Ia seolah-olah menjadi penghubung sejarah (sebelum Masihi) yang kurang diketahui umum, yang selama ini hanya bergantung kepada penyelidikan Barat yang mungkin berat sebelah. Teruskan membaca!
Buku Hugh terbaru akan terbit pada 5 Oktober 2009 nanti. River Cottage Everyday, menurut Hugh dalam portal River Cottagenya:
As Hugh says “I make no prior assumptions about where you shop, what you may or may not know about growing vegetables or keeping livestock, whether you can tell the difference between a swede and turnip, or know what to do with a belly of pork and a breast of lamb. Instead, I’ll show you easy and confidence-inspiring ways with cuts of meat, types of fish and other ingredients you may not have tried before. And I’ll offer you new approaches that I hope will breathe new life to familiar staples, like rice, spuds, beans, and your daily bread.
Above all, I intend to tempt you irresistibly towards a better life with food, with a whole raft of recipes that I think you will love. I hope some of them will become your absolute favourites, and the favourites of your dear friends and beloved family. I hope that the dishes you like best will infiltrate and influence your cooking, giving you increased confidence and fresh ideas. In short, I hope that before long, cooking simple and delicious food from the best seasonal ingredients becomes second nature and first priority for you, not just once in a while, but every day.”
Alhamdulillah, artikel saya bertajuk Membaca Matematik (yang pernah terbit di Utusan Malaysia 15-10-2007) terbit semula (dengan izin penulis) di laman Majalahsains.com. Untuk berkongsi sedikit ilmu dengan laman sains ini yang dikendalikan oleh saudara Mohd. Faizal (yang kini menetap di Canada). Faizal merupakan penulis yang aktif menulis perihal teknologi nano di majalah Dewan Kosmik.
:: PEMIKIR April-Jun 2009 :: Dialog Timur-Barat (Ricardo Diez-Hochleitner & Daisaku Ikeda) :: PEMIKIR Okt-Dis 2009 :: Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung (Muhammad Alexander) :: Travelog Dakwah (Muhd Kamil Ibrahim) :: Sahabat yang Sentiasa di Hati (Dr. Daisaku Ikeda) :: Blog: Merentas Halangan (Dr. Mahathir Mohamad) :: TINTIN Volume 2 :: Outliers (Malcolm Gladwell) :: HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis (Maszlee Malik) :: Ahli Politik dan Cerita-cerita Lain (Khamsing Srinawk) :: The HP Way How Bill Hewlett and I Built Our Company (David Packard) :: Buat Duit dengan Cacing Tanah (Mohamad Saat Sukami) :: Telaga Budi (Nik Abdul Aziz Nik Mat, susunan Annual Bakri Haron) :: Gerakan Freemasonry (Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd. Mahadi Hj. Isa) ::
Merupakan seorang pengembara jalanan, yang suka melihat, merenung dan memikirkan bagaimana manusia dan alam dapat bersatu dengan lebih harmonis. Dunia Buku dan Dunia Pengurusan Fasiliti merupakan ruang ilmu baru kepada saya, dan berazam untuk menjadikannya satu ilmu yang dipraktikkan oleh setiap insan di Malaysia.
Wawancara Jejak Biografi Tokoh KPIP
-
*W*awancara yang ditandai dengan kehadiran 3 tokoh Kesatuan Pelajar-Pelajar
Islam Perak (KPIP) merupakan suatu pengalaman berharga tatkala mengingati
se...
POCONG NIGHT RIDE BANDAR BARU ULU TIRAM 5.9.2015
-
*Pada Tanggal 15hb Sept 2015, KSTJB *mendapat undangan bagi memeriahkan
Program Pocong Night Ride anjuran Johorland Berhad di Bandar Baru Ulu Tiram
Johor ...
Ramai Bertanya..
-
Ya, ramai yang tanya kenapa aku lama tak menulis. Hmm. Sebenarnya aku masih
menulis. Cuma tak di terbitkan dalam mana-mana media cetak. Masih lagi
menulis ...
GINGKO
-
Pohon gingko besar ini saya rakam di sebuah taman di Yuyuan Garden,
Shanghai Old Town, China pada 28 Oktober 2008 yang lalu. Saya sempat
menuliskan se...
Selipar ... rasanya bukan daripada perkataan aspal
-
Cerita selipar hilang memang selalu terjadi kalau di masjid/surau. Semasa
di SMABT dulu, saya akan mangga selipar dulu sebelum ditinggalkan di luar
surau. ...
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI
-
Assalamualaikum Hampir genap setahun membiarkan blog ini sepi
sendirian…..kali terakhir entri dimuatkan adalah ketika Ramadhan yang
lalu…kini Ramadhan kemb...
SEMPAT KE..? SEMPAT..?
-
Salam,
Ada kawan yang bertanya, sempat ke.. kerja lagi, sambung belajar lagi..
sempat ke..? Kataku sempat... sambil tersenyum, ye.. sempat, bisik hatiku.. ...
2-0 is the score
-
photo original soure :
http://www.flickr.com/photos/afai13/3478844871/in/set-72157617986379047/
photo original source : http://www.liverpoolfc.tv
My two ...
Light years
-
Assalamualaikum w.r.t.
Quite a while I have not posted anything in the blog. Went to PTS raya
gathering this afternoon (15/10/2009), and got a dose of adre...