Tuesday, April 15, 2008
Monday, April 14, 2008
Artikel di Utusan Malaysia
Alhamdulillah, sebuah artikel saya bertajuk Semai Minat Membaca Sejak Kecil di Utusan Malaysia hari ini.
Sunday, April 13, 2008
Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
Ahad, 13-04-08 hari ini merupakan hari terakhir 'syurga buku' kepada pencinta-pencintanya. Saya ke sana lagi, untuk membeli kali terakhir dan juga melaksanakan Forum Malaysia Membaca 2008. Alhamdulillah. Sila lihat foto-foto yang sempat dirakamkan di album foto saya. Cerita lanjut mengenai forum ini akan ditulis esok. Mata dan minda sudah begitu letih, menunggu masa untuk melelapkan mata seketika.
Buku-buku yang telah dibeli:
Hasil dari sembang-sembang di restoran ini, kami bersepakat untuk mewujudkan gelombang membaca yang lebih kuat dan berpengaruh. Insya Allah, perjuangan ini akan diteruskan tanpa ada titik noktahnya.
Buku-buku yang telah dibeli:
- Gilgamesh
- Foley, the spy who saved 10,000 jews
- China to Chinatown: Chinese Food in the West
- The China Dream
- Brand Warriors China: Creating Sustainable Brand Capital
- Power Failure: The Rise and Fall of Enron
- The Men Who Persevered
Hasil dari sembang-sembang di restoran ini, kami bersepakat untuk mewujudkan gelombang membaca yang lebih kuat dan berpengaruh. Insya Allah, perjuangan ini akan diteruskan tanpa ada titik noktahnya.
Saturday, April 12, 2008
Persiapan Forum Malaysia Membaca 2008
Hari ini seharian di PWTC. Ada tugas sebagai ahli NGO di Dewan Merdeka. Juga membuat persiapan terakhir untuk Forum Malaysia Membaca 2008 yang akan diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Malaysia 2008 esok (13 April 2008, jam 4-6 petang).
Menemui Pak Samad di gerai Wira Bukitnya. Temujanji dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah, Ali Dina dan Puan Ainon di PTS, lantas ke gerai makan kerana manusia terlalu ramai hujung minggu ini. Kata Sayed Munawar 2 hari yang lepas, pengunjung sudah mencapai 1.2 juta orang, dan mereka menganggarkan sejumlah 1.5 juta orang keseluruhan akan mengunjungi pesta ini sehingga esok. Ini satu petanda positif.
Cuma, apabila berdampingan dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah, merenung situasi 'ajaib' ini, walaupun peratusan pengunjung ke Pesta buku ini semakin meningkat, namun adakah 'trend' ini berkadar langsung dengan budaya membaca? Adakah sudah berlaku kesan positif hasil daripada gelombang membaca nasional yang telah digerakkan oleh ramai pihak?
Tentunya pemerhatian ini perlu dikupas secara ilmiah. Kalau ia positif, ia adalah satu petanda yang amat baik, dan proses dokumentasi gelombang membaca ini perlu segera dilaksanakan. Supaya generasi akan datang dapat mempelajarinya. Sekiranya pemerhatian ini sekadar satu hasil sementara, maka seharusnya setiap pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan usaha yang lebih untuk mewujudkan gelombang tsunami yang lebih besar dan memberi impak yang lebih berkesan.
Saya juga terpegun dengan pengunjung yang tidak putus-putus mendapatkan tandatangan Pak Samad di gerai Wira Bukitnya. Rata-ratanya adalah generasi pelajar-pelajar sekolah. Ia merupakan satu petunjuk yang begitu nyata dan jelas, bahawa dunia buku memerlukan seorang ikon (yang bukan seharusnya dari artis yang hanya dimomokkan dengan sebuah buku, untuk menarik generasi muda membaca). Ikon itu seharusnya datang dari dunia buku itu sendiri. Ketika Dr. Abu menghubungi menerusi telefon si Faizal Tehrani, beliau juga 'sesak' dengan peminat-peminatnya yang langsung tidak memberikan peluang kami bertemu.
Langsai bertemu sahabat-sahabat buku, berbicara dengan puan Ainon yang membelanja kami
bertiga minum petang. Satu diskusi ilmiah antara Dr. Abu dan Puan Ainon menarik untuk dicatatkan. Cuma, biarlah ia datang sendiri dari blog Puan Ainon.
Menemui Pak Samad di gerai Wira Bukitnya. Temujanji dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah, Ali Dina dan Puan Ainon di PTS, lantas ke gerai makan kerana manusia terlalu ramai hujung minggu ini. Kata Sayed Munawar 2 hari yang lepas, pengunjung sudah mencapai 1.2 juta orang, dan mereka menganggarkan sejumlah 1.5 juta orang keseluruhan akan mengunjungi pesta ini sehingga esok. Ini satu petanda positif.
Cuma, apabila berdampingan dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah, merenung situasi 'ajaib' ini, walaupun peratusan pengunjung ke Pesta buku ini semakin meningkat, namun adakah 'trend' ini berkadar langsung dengan budaya membaca? Adakah sudah berlaku kesan positif hasil daripada gelombang membaca nasional yang telah digerakkan oleh ramai pihak?
Tentunya pemerhatian ini perlu dikupas secara ilmiah. Kalau ia positif, ia adalah satu petanda yang amat baik, dan proses dokumentasi gelombang membaca ini perlu segera dilaksanakan. Supaya generasi akan datang dapat mempelajarinya. Sekiranya pemerhatian ini sekadar satu hasil sementara, maka seharusnya setiap pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan usaha yang lebih untuk mewujudkan gelombang tsunami yang lebih besar dan memberi impak yang lebih berkesan.
Langsai bertemu sahabat-sahabat buku, berbicara dengan puan Ainon yang membelanja kami
Friday, April 11, 2008
Buku lagi....Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
Semalam, berkesempatan sekejap di hujung hari ke Pesta Buku Antarabangsa. Walaupun agak singkat, tetapi sempat menyambar 11 buah buku:
- Ketokohan Al-Ghazali dalam Bidang Logik
- Prosiding Ibn Khaldun: Pemikiran Ibn Khaldun dan Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari
- Environmental Wisdom for Planet Earth: The Islamic Heritage
- Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Memahami Penerbitan Buku
- Double-Shift Schooling: Design and Operation for Cost-Effectiveness
- Involving People Evolving Behaviour
- The Glass Bottom Boat
- The Basic Essentials of Cooking in the Outdoors
- Global Ecology: Towards a Science of the Biosphere
- The Software Factory: Managing Software Development and Maintenance
Thursday, April 10, 2008
Akhirnya.....
Alhamdullillah, setelah hampir seminggu berusaha, akhirnya sebuah buku yang telah saya usahakan (Gombak's Nature Secret) berjaya juga dihantar ke blurb.com (http://blurb.com). Hampir-hampir kecewa disebabkan ada masalah dengan connection dari talian kita di Malaysia dengan laman blurb di US. Hampir setiap hari pasti saya akan mengganggu pekerja-pekerja blurb menerusi email, mohon bantuan. Hari ini, berita gembira kerana saya boleh menghantar hasil karya saya ke sana menerusi YOU SEND IT. Ia pasti membuka semula hati dan fikiran saya untuk bersemangat semula menghasilkan buku-buku lain yang akan diterbitkan oleh blurb.com. Mudah-mudahan dipermudahkan.
Tuesday, April 8, 2008
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
Hari ini berkesempatan akhirnya ke Pesta Buku di PWTC. Tetapi tak dapat berlama-lama di sana. Sekadar menjenguk dan membeli 6 judul, walaupun 'budget' masih lagi ada, tetapi disebabkan kesuntukan masa, hanya itu yang termampu dibeli:- Tanaman Hiasan: Khasiat Makanan dan Ubatan, oleh Prof. Dr. Ong Hean Chooi, terbitan Utusan Publication. RM 48.00
- Teknologi Penyenggaraan Bangunan, oleh Prof. Abdul Hakim bin Mohammed dan Wan Min bin Wan Mat, terbitan DBP. RM 12.00
- Industri buku di Malaysia: Isu-isu dan Cabaran, oleh Hamedi Mohd. Adnan, terbitan Utusan Publication.
- Penggunaan Alat Keselamatan di Tapak Bina, oleh Nurul Azita Salleh dan Abdul Aziz Hussin, terbitan DBP. RM 20.00
- Masjid itu Hidupku. oleh Mohd. Gunawan Che Abd. Aziz, terbitan Telaga Biru. RM 19.90
- Local and Global: Social Transformation in Southeast Asia. by Prof. Syed Hussein Alatas, edited by Riaz Hassan. Terbitan DBP. RM 25.00
Monday, April 7, 2008
Artikel isteri di Utusan Malaysia
Alhamdulillah, hari ini terbit sebuah artikel tulisan isteri saya di Utusan Malaysia, bertajuk Pembacaan, Imaginasi Sains pada Kanak-kanak.
Sunday, April 6, 2008
Dua dunia bertemu
Dunia yang telah menemukan 13 pelukis dengan seorang penulis, Amirul Fakir. Setiap pelukis 'dipaksa' untuk membaca dan menelan setiap watak, idea, persekitaran dan apa sahaja yang terdapat di dalam setiap karya cerpen Amirul. Mereka telah diberi masa selama 4 bulan untuk menghasilkan karya-karya lukisan mereka yang juga sedang dipamerkan di RA Fine Arts.
Menarik sekali. Kerana saya dapat melihat dan merenung kupasan setiap cerpen dari antologi Mea Culpa itu dari pandangan mata seorang pelukis, yang juga merupakan pembaca seperti pembaca-pembaca yang lain.
Inilah keindahan membaca. Kerana apabila membaca, minda kita menerawang ke alam buku itu. Biarpun kadang-kala jelas ditulis, namun minda kita lebih bebas untuk memberi makna di dalam pengetahuan kita sendiri.
Inilah yang terhasil di pameran Mea Culpa itu. Tahniah kepada YM Raja Ahmad, pemilik RA Fine Arts.
Lagi foto di album foto saya.
Saturday, April 5, 2008
Aktiviti Perbukuan
Akhirnya, tiba lagi masa untuk mencium kembali bauan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tentunya, ia adalah 'syurga dunia buku' kepada sesiapa yang amat mencintainya. Saya dan keluarga belum lagi berkesempatan untuk ke sana semalam. Tetapi, sudah tentu sudah ada peruntukan kewangan yang telah diluluskan oleh 'menteri kewangan has-yun' untuk berbelanja di sana nanti.
Seminggu dua yang mendatang ini juga agak sibuk dengan aktiviti perbukuan. Hari ini, RA Fine Arts akan mengadakan pelancaran buku. Esok, pada jam 6 petang pula akan diadakan Kata Suara 4 di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bukuonline pula akan mengadakan Forum Malaysia Membaca 2008, juga sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 13 April 2008 di PWTC. Pada 23 April 2008 pula, bukuonline dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan mengadakan Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-3.
Saya sendiri sedang sibuk menyiapkan sebuah buku yang bertajuk Gombak's Nature Secret, sebuah buku bergambar yang memaparkan keindahan sebenar sekitar Gombak. Juga beberapa projek penulisan buku yang seharusnya hampir siap.

Sunday, March 30, 2008
Forum Malaysia Membaca 2008

Hampir 2 tahun lalu, bukuonline telah menganjurkan Forum Malaysia Membaca (16 September 2006) sempena Pesta Buku dan Multimedia peringkat Negeri Sembilan. Ketika itu, temanya adalah 'Komuniti Buku Memperkasa Peradaban Ilmu'.
Kini, pada 13 April 2008, bukuonline sekali lagi akan menganjurkan Forum Malaysia Membaca. Kali ini ia akan diadakan di PWTC, sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa KL 2008.
Tarikh: 13 April 2008 (Ahad)
Masa: 4 - 6 petang
Tempat: Pentas Prima - Dewan Tun Razak 2
Sila rujuk laman web rasmi PBAKL 2008
Semua dijemput hadir. Penyertaan adalah PERCUMA
Thursday, March 27, 2008
Kata Suara 3
Lebih istimewa kerana bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain, antaranya jiwarasa, pak adib, ariff, dan beberapa nama lagi. Malah, pada kesempatan ini juga bertemu dengan Prof. Dr. Zakaria Ali, Prof. Siti Zainon, U-wei, dan ramai lagi selebriti seni.
Pak Adib merupakan antara blogger kegemaran saya. Kegilaan beliau terhadap membaca dan menulis sememangnya begitu menakjubkan. Pada usianya sebegitu, pengetahuan teknologi beliau amat mengagumkan.
Jiwarasa, yang pernah bertemu semasa zaman kanak-kanak dahulu, tidak asing bagi saya. Keakraban kami sudah seperti saudara. Cuma masa dan faktor geografi yang memisahkan jasad kami berdua.
Terima kasih sekali lagi kepada Raja Ahmad yang begitu komited menghantar pesanan demi pesanan untuk bersama-sama program Kata Suara 3 ini. Insya Allah, pada kesempatan yang lain, tentunya saya akan ke sana lagi untuk siri Kata Suara yang lain.
PS: jemput ke album foto saya
PS: jemput ke album foto saya
Monday, March 24, 2008
Artikel di Utusan Malaysia
Lama benar rasanya tidak menulis artikel untuk Utusan Malaysia. Alhamdulillah, hari ini terbit sebuah artikel saya bertajuk Menguruskan Alam Sekitar Menerusi Pembacaan di Utusan Malaysia.
Sunday, March 23, 2008
Rezeki buku
Jumaat lepas saya melawat-lawat sekitar 'pesta buku' kecil-kecilan yang berlangsung di fakulti saya sempena KAED's OPEN DAYS. Terpegang sebuah buku bertajuk Autonomous Maintenance in Seven Steps. Apabila membaca tajuk buku ini, terlintas di hati....wah! tajuknya begitu mengiurkan minda saya..apatah lagi apabila membaca perkataan 'maintenance' itu. Lantas ditanya, berapa harganya? Si penjual mengira-ngira seketika, "US50.00", katanya."Kalau ditukar ke RM?" soal saya pula.
"Kira-kira RM150.00".
Terkedu seketika, almaklumlah di hujung bulan. Terus diletakkan semula di raknya. Apabila melihat terkeduan saya itu, lantas si penjual berkata, "Minat buku tu?". Saya mengangguk. Lantas, diambilnya buku itu dan memberikannya percuma kepada saya. Syukur, inilah dikatakan rezeki. Semoga rezeki bertambah kepada penjualnya. Amin.
Wednesday, March 12, 2008
Buku dan Politik
Rakyat Malaysia telah membuat keputusan mereka di dalam Pilihanraya ke-12, Sabtu yang lalu. Dan saya sebagai rakyat Malaysia juga turut melaksanakan tanggungjawab itu di kampung saya di Perlis.
Pilihanraya kali ini, seperti umum mengetahui memang menarik untuk dibicarakan. Sama ada di kedai-kedai kopi, mahupun di pejabat. Tentunya, rakyat semakin berani untuk memperkatakan sesuatu dari hati mereka, kerana keputusan yang telah dibuat menerusi pilihanraya itu sememangnya merupakan keputusan dari hati mereka sendiri.
Cuma, seharusnya perbincangan demi perbincangan itu perlulah diasaskan kepada ilmu dan ia boleh didapati daripada pembacaan. Sama ada tepat atau tidak, laporan-laporan daripada media massa utama seperti akhbar-akhbar bercetak mahupun dari media alternatif menerusi internet merupakan sumber yang paling popular masa kini. Misalnya, Malaysiakini sahaja telah diakses lebih daripada 500,000 kali, sehingga pada malam pengiraan undi 8hb mac yang lalu
tidak dapat diakses menerusi laluan biasa.
Begitu juga dengan laman-laman lain seperti harakahdaily, utusan malaysia dan berita harian, yang menjadikan internet sebagai laluan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita terkini mengenai peratusan undi yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia pada paginya itu. Menonton TV sejak awal 7 malam sehingga 4 pagi, sememangnya meresahkan saya. Tidak sabar dengan penantian keputusan yang kadang-kala begitu lambat sekali untuk dimaklumkan. Sebaliknya, apabila melayari internet, keputusannya telah pun menjadi satu titik sejarah.
Pada ketika inilah, membaca perlu lebih kritikal. Adakalanya berita yang disajikan itu memihak kepada satu pihak sahaja, sehinggakan ia terlihat seolah-olah ia dirancang untuk tidak diperlihatkan kebenaran di sebaliknya.
Seharusnya, sejarah yang telah berlaku pada 8 mac ini perlu dibukukan secepat yang mungkin. Sama ada kepada BA atau BN, ia merupakan sejarah pada definisi masing-masing, dan pada bukulah ia perlu diletakkan.
Keputusan masyarakat Malaysia itu adalah muktamad. Dan ia adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia untuk dibaca kemudiannya oleh generasi akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)