Tuesday, August 25, 2009

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok


Ketika bersarapan pagi (tentunya sebelum puasa dulu), seorang sahabat menceritakan bagaimana Prof Kamil yang gemar bermain golf, terpaksa berhadapan dengan budaya 'berjudi' di padang golf, menarik perhatian saya. Kebetulan pula, ada seorang lagi sahabat yang baru pulang dari Mekah, menceritakan dengan bangganya bagaimana beliau mengalahkan kawan-kawan golfnya, dan memaksa kawan-kawannya itu pula membayar sejumlah wang sebagai habuan. Katanya itu niat sedekah. Sama seperti yang Prof. Kamil tulis dalam Travelog Dakwah, sebuah buku yang dikira sebagai post-Haji, keseinambungan kehidupan beliau selepas bergelar Haji, yang ditulis beliau menerusi Travelog Haji.

Travelog Dakwah (TD) dibeli semalam. Di sebuah kedai buku yang comel di Kangar. Terus dipegang dan dibaca. Saya mencuba kaedah lain apabila membaca TD ini. Baca macam tikus. Korek sana dan korek sini. Disebabkan ada antara bab-babnya itu tidak berkaitan, menjadikan bacaan tikus ini menyeronokkan. Namun, ada juga masanya saya terpaksa menyelak kembali bab yang terkemudian kerana rupa-rupanya ada cerita yang menjadi sebab mengapa bab seterusnya ditulis.

TD ini memang 'wajib baca' pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Menjadikan seseorang itu lebih bersemangat untuk beribadah dan mengekalkan momentum. Seperti yang Prof. Kamil nyatakan, beliau seperti manusia biasa lain tidak terlepas daripada sifat malas. TD ini ditulis bersahaja, dan bukannya untuk mengajar tetapi lebih kepada mendidik.

JOM BACA!

3 comments:

Unknown said...

Satu lagi... Membaca buku ini terus terasa mahu menghilangkan malas bangun qiyammullail.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

betul betul betul

rajiah said...

Mujahadah dalam diri sendiri adalah antara tugas wajib yang terasa berat.. melawan hawa nafsu yang membelit diri adalah perjuangan yang pertama-tama sekali mesti dilakukan.. Salam perjuangan, suamiku..