Jemput melawat (dan sekiranya sudi membeli) karya-karya foto saya....
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Hari Fine Arts
Pada hujung minggu yang lalu, saya banyak menghabiskan masa di galeri seni. Yang pertamanya, pada malam sabtu, memenuhi jemputan YM Raja Ahmad ke galeri RAnya. Kebetulan pula, kuratornya, Badrulhisham adalah kenalan rapat semasa belajar di Edinburgh dulu. Ini adalah pameran ke-17 bagi RA Fine Art Gallery, dan hampir lebih separuh daripada pelancaran pameran-pameran itu saya sertai. Walaupun bukan seorang artis ataupun faham tentang hal-hal seni, namun sejak perkenalan saya dengan Raja Ahmad juga sahabat-sahabat lain yang sentiasa bertemu di pameran-pameran ini, berjaya melembutkan hati saya terhadap hasil-hasil seni.
Kali ini, RA Fine Arts mengetengahkan satu pameran berjudul POP FICTION. Badrulhisham, yang juga seorang pensyarah seni di UiTM turut menulis satu artikel mengenai seni yang begitu menarik di dalam buku yang turut saya beli dari pameran itu.
Pada hari ahad berikutnya, saya menghadiri sebuah lagi perasmian pameran seni di Soka Gakai, Jalan Bukit Bintang, yang juga dianjurkan bersama dengan RA Fine Arts. Ia merupakan pameran solo Prof. Siti Zainon Ismail, yang berjudul Angin Si Pauh Janggi: Kenangan Makyong Khatijah Awang. Turut dibeli sebuah buku mengenai pameran ini.
Wednesday, October 22, 2008
Jualan Gudang MPH
Mungkin sudah ramai pencinta buku tahu bahawa MPH sedang mengadakan Jualan Gudangnya di Seksyen13, Petaling Jaya, dari tarikh 22-27 Oktober ini. Saya sudah membeli beberapa buah buku dengan harga begitu murah!
Monday, October 13, 2008
Jualan Gudang Payless
Semalam ke Jualan Gudang Payless di Puchong. Dengan RM32.00, saya beli buku-buku ini:
- Technostress
- Dules: A biography of Eleanor, Allen and John Foster Dulles and their family network (Leanord Mosley)
- Megatrends (John Naisbitt)
- The world book of house plants (Elvin McDonald)
- The miniature book of herbs
- Sick cities: pyschology and pathology of American urban life (Mitchell Gordon)
- Garfield weighs in (Jim Davies)
- Reading Lolita in Tehran: A memoir in books (Azar Nafisi)
- Cross-cultural human development (Robert L. Munroe and Ruth H. Munroe)
- Technology and the future (Albert H. Teich)
- Guide to the library of congress
- The industrial revolution in Englan - Blessing or curse to the working man?
- What you can do to help the homeless
- Education in China
- Poor support: Poverty in the American family (David T. Ellwood)
- The age of enterprise: A social history of industrial America (Thomas C. Cochran & William Miller)
- French dirt: the story of a garden in the south of france (Richard Goodman)
- 30 simple energy things you can do to save the earth
- 50 simple things you can do to save the earth
- Zlata's diary: A child's life in Sarajevo (Zlata Filipovic)
- I want to tell you (O.J. Simpson)
- South of the Frontera: Affectionate travel memoir (Lawrence F. Lihosit)
- Environment security and UN reform (Mark F. Imber)
- 2 minutes a day for a greener planet (Marjorie Lamb)
- The secret world of the Irish male (Joseph O'connor)
- Reading and writing before school (Felicity Hughes)
Monday, October 6, 2008
Artikel di Utusan Malaysia
Artikel saya bertajuk Buku dan Muzium yang diinspirasikan dari lawatan saya ke Melbourne baru-baru ini terbit di Utusan Malaysia hari ini.
Friday, October 3, 2008
Allahyarham Dr. Shaharom Husain
Semalam, seorang lagi tokoh meninggalkan kita. Dr. Shaharom Husain telah menghembuskan nafas terakhirnya di Gombak. Arwah yang berusia 88 tahun adalah seorang cendekiawan, sasterawan malah sejarawan yang begitu banyak meninggalkan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa.Saya membaca sebuah buku yang diselenggarakan oleh Talib Samat yang diterbitkan pada tahun 2003 oleh Yayasan Warisan Johor, bertajuk Shaharom Husain Gapura Sastera Johor. Buku setebal 903 muka surat ini begitu padat dengan segala maklumat (malah begitu terperinci) mengenai Allahyarham Dr. Shaharom Husain. Buku ini merupakan himpunan artikel yang dikumpul oleh Talib Samat mengenai Dr. Shaharom Husain yang ditulis oleh pelbagai pengarang dan wartawan. Setiap satu daripada artikel ini (dan ada juga yang ditulis pada sekitar tahun 1970an, malah ada yang terbaru sehingga buku ini diterbitkan) begitu unik, memperkatakan kehebatan Allahyarham sebagai seorang guru, sejarawan, sasterawan malah pejuang kemerdekaan.
Melalui pembacaan saya ini, dapat saya simpulkan bahawa Allahyarham merupakan seorang insan yang begitu asyik belajar, mencari ilmu di pelusuk dunia sama ada secara formal mahupun secara tidak formal iaitu melalui siri kembaranya di beberapa buah negara.
Malah yang lebih menarik ialah sifat mendokumentasikan semua ilmu yang dipelajari Allahyarham. Allahyarham mempunyai perpustakaannya sendiri yang lebih dikenali sebagai Gapura Sastera di Johor.
Nama Allahyarham juga terpahat di dalam Dictionary of International Biography 1968 dan juga merupakan salah-seorang daripada 2000 nama yang terkumpul di dalam buku The Two Thousand Men of Achievement yang diterbitkan di England pada tahun 1969. Ia memuatkan biodata lengkap Allahyarham sehingga tahun 1969.
Sesungguhnya negara kehilangan seorang lagi cendekiawan yang begitu berharga kepada bangsa dan agama. Al-Fatihah.
Thursday, October 2, 2008
Kedai buku di Melbourne
Demam Melbourne belum lagi pulih. Masih terbayang-bayang keindahan bandar itu. Walaupun raya sudah berlalu...oh ya, Selamat Hari Raya kepada semua sahabat.
Sambil melihat-lihat kembali foto yang diambil, saya masih terbayang-bayang beberapa buah kedai buku yang sempat dijenguk. Dan pada setiap kedai buku tersebut, pasti saya beli sebuah dua buku sebagai kenangan. Tak terkecuali pada setiap muzium yang dilawati pasti ada juga buku yang disambar dan dibeli.
Antara kedai buku yang dua kali saya masuk ialah kedai buku terpakai di Flinders Road. Sebuah buku dihadiahkan kepada ayah bertajuk Australia's Prime Ministers yang dibeli dengan harga $10.00. Walaupun agak lama bukunya, tetapi amat bererti.
Thursday, September 25, 2008
Penerbangan pulang
Tiba masa untuk berangkat pulang setelah seminggu di Melbourne. Tadi dilayan oleh Suhaimi dan rakan-rakan makan nasi beriani kambing di restoran Malabar, kemudian terus dihantar ke lapangan terbang. Terima kasih semua sahabat di Melbourne, jasamu dikenang.
Datang ke sini 2 buah beg, pulang terpaksa dengan tambahan 1 lagi. Penuh dengan buku dan cenderahati, tak kurang juga peta dan brosur-brosur penting. Insya Allah, akan ada beberapa buah artikel yang akan ditulis kemudiannya.
Update: Lapangan Terbang Antarabangsa (Melbourne)
Datang ke sini 2 buah beg, pulang terpaksa dengan tambahan 1 lagi. Penuh dengan buku dan cenderahati, tak kurang juga peta dan brosur-brosur penting. Insya Allah, akan ada beberapa buah artikel yang akan ditulis kemudiannya.
Update: Lapangan Terbang Antarabangsa (Melbourne)
Hari akhir di Melbourne
Terasa malas nak keluar. Terperuk di bilik sahaja, sambil melihat bunga-bunga mekar. Hari ini hari terakhir di Melbourne. Malam nanti akan ke lapangan terbang. Menuju Malaysia, dan tentunya akan beraya di kampung halaman.Maka, cuba membaca buku yang dibeli semalam, bertajuk The Birth of Melbourne, yang menjadi pelengkap lawatan saya ke sini.
Wednesday, September 24, 2008
Hari jalan-jalan di Melbourne City
Hari ini jalan-jalan. Dari pagi - ke Immigration Museum, kemudian ke City Museum, State Library dan akhir sekali ke Old Melbourne Gaol. Sambil-sambil cari dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Tak lupa singgah beberapa kedai buku membeli buku yang amat berkaitan dengan Melbourne - senibina dan juga budaya hidup masyarakatnya.
Yang menarik ialah pada setiap lokasi sejarahnya, selain menjual barangan cenderahati, tak kurang juga beberapa buah buku yang berkaitan dengan tempat itu. Terkejut juga apabila melawat Old Melbourne Gaol (penjara lama - dan seharusnya Penjara Pudu dibiarkan menjadi lokasi sejarah) terdapat beberapa buah buku berkaitan dengan banduan-banduan yang pernah dipenjara dan dihukum bunuh dalam sejarah Melbourne.
Immigration Museum pula merungkai pertanyaan saya mengenai keakraban masyarakat berbilang bangsa di sini. Seperti ramai yang tahu, Melbourne atau Australia secara keseluruhannya adalah sebuah pulau/benua. Tentunya kemasukkan masyarakat moden sini adalah daripada benua lain yang lebih maju.
Mengikut perangkaan di muzium itu terdapat 9 juta orang telah datang dan tinggal di negara ini sejak 1788. Kerana itulah saya dapati terlalu ramai orang asing di sini, terutamanya daripada negara-negara asia.
Di City Museum pula menceritakan semula perihal sejarah pembangunan Melbourne sebagai sebuah bandar seperti sekarang. Sempat membeli sebuah buku berkaitan dengan bangunan-bangunan lama yang sebahagiannya sudah dirobohkan. Juga menceritakan mengenai keunikan tram yang dahulunya digerakkan dengan menggunakan kabel bawah tanah, yang dipusingkan dengan kuasa wap. Tetapi kini telah ditukar menggunakan kuasa elektrik.
Tuesday, September 23, 2008
Melbourne
Sudah 3 hari di Melbourne. Menghadiri World Sustainable Building Conference. Hari ini baru boleh sambung internet. Bukannya bermasalah dengan internet, tetapi sebaliknya plug yang berbeza digunakan di Australia. Memaksa saya mencari plug adaptor di kedai hardware.
Melbourne begitu cantik. Tenang. Dan sekarang musim bunga. Begitu banyak hendak diceritakan tentang Melbourne, tetapi masa agak mencemburi saya. Insya Allah, nanti akan update.
Saturday, September 20, 2008
Bertemu Fashran @ Satellite building
Kembara ke Melbourne, Australia
Sudah berada di KLIA. Selepas kenyang sepinggan nasi briani di KLIA, jam 11:50 malam nanti akan berangkat ke Melbourne, Australia untuk seminggu di sana. Menghadiri seminar World Sustainable Building 2008 di Melbourne Convention Exhibition Centre.
Bawa dan baca buku: Homecoming, by Bernhard Schlink

update: di KLIA
Bawa dan baca buku: Homecoming, by Bernhard Schlink

update: di KLIA
Monday, September 15, 2008
Monday, September 8, 2008
Buku lagi...
Dengan kos RM50.00, saya membeli 8 buah buku ini sabtu yang lepas di Payless (jualan gudangnya):
- Famous Irish Lives (Martin Wallace)
- The Great American Chili Book (Bill Bridges)
- Reviving Ophelia - Saving the Selves of Adolescent Girls (Dr. Mary Pipher)
- Growing Up (Russel Baker)
- aol.com (Kara Swisher)
- Ronald Reagan The Movie and Other Episodes in Political Demonology (Michael Rogin)
- Make It So: Leadership Lessons from Star Trek The Next Generation (Dr. Wess Roberts and Bill Ross)
- Raising A Teenager (Jeanne Elium & Don Elium)
Subscribe to:
Posts (Atom)

