Michio Kaku, seorang celebrity scientist yang banyak mengacarakan program dokumentari saintifik di Discovery Channel, juga merupakan seorang penulis hebat. Buku yang sedang saya baca sekarang adalah tulisan terkini beliau, yang bertajuk Physics of the Future: How Science Will Shape Human Destiny and Our Daily Lives by the 2100.
Ia tentunya bukan satu buku ramalan. Walaupun pada hakikatnya ia meramal masa hadapan. Tetapi Kaku bijak mengupas setiap teknologi yang 'diramalkan' itu. Beliau 'meramal' setiap teknologi tahun 2100 itu dengan mengimbas kembali teknologi tersebut yang dibina pada zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang.
Sunday, August 5, 2012
Saturday, March 24, 2012
3 bulan pertama 2012
Banyak peristiwa penting telah berlalu dan berlaku sepanjang tiga bulan pertama 2012. Yang rata-ratanya melibatkan buku dan budaya membaca. Tidak kurang juga peristiwa yang sempat saya terlibat bersama, sama ada secara langsung atau tidak.
Nampaknya perihal buku dan budaya membaca telah berjaya menyusup masuk secara terhormat ke dalam masyarakat kita. Ya, memang benar, saya belum bersedia untuk berpuas hati sepenuhnya, tetapi perkembangan terkini ini memang benar-benar mengujakan!
Bermula dengan pameran buku yang saban tahun dikunjungi ramai; kedai-kedai buku yang saban minggu juga sudah ada pelanggannya; aktiviti borak buku yang sana-sini sibuk diperkatakan; majlis perasmian buku baik ditulis 'orang besar' mahupun 'orang kecil' juga telah menjadi satu amalan rasmi yang gah; bantuan kerajaan melalui baucar buku walaupun nilai RM200 itu hanya mampu digunakan untuk membeli sebuah dua buku (tentunya buku yang baik harganya tinggi; tetapi buku picisan boleh dibeli 200 buah dengan jumlah itu); sekurang-kurangnya hal buku dan budaya membaca sudah boleh bertapak teguh di Malaysia.
Tetapi sayangnya, ruangan bicara buku dan budaya membaca di akhbar tempatan sudah ditamatkan...begitulah khabarnya.....

Tuesday, September 27, 2011
Beraya di PPAS sambil berPhD
Jemputan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena Sambutan Aidilfitri 2011 PPAS saya sambut dengan gembira. Apatah lagi dengan bangunannya yang serba baru dan canggih, membuatkan hati saya terus terpaut. Sambil menjamu selera di bahagian bawah, saya ambil kesempatan berharga ini untuk mencuba ruang baru untuk saya belajar dan menyiapkan disertasi PhD saya. Tempatnya yang begitu indah dengan dipaparkan keindahan dan keharmonian alam sekitar dengan bangunannya memang seharusnya dipergunakan sepenuhnya oleh rakyat negeri Selangor. Sesuai dengan tagline PPAS: My Second Home, PPAS dilihat mampu menarik lebih ramai pengunjung dan pencinta ilmu untuk mempergunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.
Monday, September 19, 2011
Ulang tahun ke-4 KPB
Alhamdulillah, hari ini genap 4 tahun blog Kembara Pencinta Buku diwujudkan. Banyak juga kenangan dan pengalaman dikongsi bersama menerusi blog ini, walaupun pengalaman hari-hari di tahun 2011 tidak banyak dapat ditulis.
Namun, secara positifnya, blog ini dapat saya gunakan sepenuhnya untuk berkongsi pengalaman mengembara di alam buku, biarpun kebanyakkan tulisan saya di blog ini amat pendek. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di minda saya.
Semoga Kembara Pencinta Buku dapat diteruskan dan kelahirannya pada tanggal 19 September 2007 itu dapat terus hidup mekar indah dan bermanfaat kepada semua, Insya Allah.
Selamat hari ulang tahun ke-4 blogku!!!

Thursday, September 15, 2011
Terbaca di STAR mukasurat 3
PORT KLANG STOP FOR FLOATING BOOK FAIR
Klang: After docking in Penang, the world's largest floating book fair onboard MV Logos Hope will be in Port Klang from Sept 29 until Oct 23.
MV Logos Hope will berth at the Port Klang Cruise Center, Pulau Indah (formerly known as Star Cruises Terminal, West Port), on its maiden voyage around the world.
The fair will be opened to the public from 10am to 10pm from Tuesdays to Saturdays, and 3pm to 10pm on Sundays.
It will be closed on Monday. Tickets only cost RM1 and admission is free for children under 12 who are accompanied by an adult.
The book fair offers an expanded selection of over 5,000 books at affordable prices.
They cover a range of subjects including science, sports, hobbies, cookery, arts, medicine, languages and philosophy.
MV Logos Hope is operated by GBA Ships e.V. - an international, charitable organizations registered in Germany.

Monday, September 12, 2011
Fakta dari Yakjuj & Makjuj 2
Antara fakta menarik dalam Yakjuj & Makjuj 2:
1. Kita Veda menganjurkan monotisme yang berlanjutan daripada ajaran Nabi Ibrahim A.S.
2. 5 kebangkitan Yakjuj & Makjuj, dan yang terkini bangsa Mongol menyerang Baghdad
3. Keturunan Sultan-sultan Melayu adalah susur galur daripada keturunan Iskandar Zulkarnain
4. Yakjuj & Makjuj pernah sampai di kepulauan Melayu

Sunday, September 4, 2011
Sedang Baca Yakjuj & Makjuj 2
Siaran Tergendala
Blog ini tergendala dikendalikan selama hampir 9 bulan! Bukannya tidak membaca dan tidak menulis, tetapi saya agak sibuk dengan kerja-kerja pengajian yang belum selesai. Insya Allah, sedang mengumpul tenaga semula untuk menulis semula di blog ini.
Sunday, December 12, 2010
Akhirnya rak baru!
Monday, November 22, 2010
ISRAEL - Kubur akhir mereka
Mula-mula teragak-agak untuk membeli buku ini. Walaupun tajuknya begitu pantas memaut hati ini - Saving Israel: How the Jewish People Can Win a War That May Never End (oleh Daniel Gordis). Teragak-agak kerana takut pengaruh buku itu menggoncang kepercayaan. Dan kebencian terhadap bangsa Yahudi yang dilaknat Allah ini memang tak pernah luntur.
Namun, apabila berjaya memujuk hati, buku ini dibeli. Dibaca. Dinilai.
Ya, tentunya ia ditulis oleh seorang Yahudi. Malah buku ini dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama untuk National Jewish Book Awards.
Ya, memang ada bias. Sememangnya bias kepada Yahudi dan Israel. Islam dan Palestin digambarkan begitu buruk - sebagai pengganas. Ya, penulisnya juga menggambarkan perjuangan membentuk negara Israel adalah begitu 'mulia'.
Tetapi di sebalik segala tulisan yang sememangnya amat diketahui akan lebih memihak kepada mereka dengan memburukkan Islam dan Palestin, terdapat juga satu kejujuran yang mungkin kita ketahui.
Bahawa, remaja Yahudi di Israel sekarang sudah mulai mempersoalkan kewujudan Israel dan kezaliman terhadap orang-orang Palestin. Ya, mungkin ini satu bentuk propaganda penulis untuk menghalalkan segala perancangan mereka.
Namun begitu, sepanjang pembacaan saya ini saya dapati penulisnya begitu risau dengan keadaan tersebut. Maka, beberapa cadangan disuarakan. Mengenai pentingnya mempelajari sejarah (ya, sejarah juga boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka).
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengenali mereka di Israel. Bukannya untuk bersimpati dengan 'perjuangan' mereka, sebaliknya sebagai satu kefahaman untuk berdakwah. Ya, bukannya mudah. Al-Quran sendiri banyak menceritakan bagaimana bangsa ini dimuliakan Allah satu ketika dahulu, tetapi disebabkan oleh perangai bangsa itu sendiri jugalah mereka menjadi bangsa yang terhina!
Cuma, teori saya, sekiranya mereka dapat didekati dan didakwah, dengan berkat hidayah yang Allah berikan, mereka mungkin dapat diselamatkan. Bukankah Islam itu menyelamat?
Juga saya berteori, tentang apabila tibanya Imam Mahdi dan Nabi Isa turun ke bumi, kiamat nanti, untuk membunuh Yahudi, adakah ia lebih mudah apabila semua bangsa itu dikumpulkan di satu tempat? Iaitu - ISRAEL?
Sebenarnya negara yang mereka inginkan, tubuhkan dan makmurkan itu adalah juga kubur mereka akhir nanti. Dan akhirnya Yahudi tidak akan pernah dapat sebidang tanah pun di muka bumi ini selama-lamanya- seperti yang telah termaktub dalam sejarah!

Tuesday, October 5, 2010
Sedang baca Armagedon 2012
Buku terbaru tulisan Muhammad Alexander; Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman sedang diulit.
Terpaksa saya tinggalkan sekejap beberapa buah buku yang sedang dibaca: Mein Kampf, Alfatihah: menyusun struktur perasaan dan fikiran insan (buku ini hilang sebelum sempat habis bacanya), Illuminations: essays and reflections (agak membosankan), dan A class with Drucker (buku yang menarik - tetapi entah mengapa ditinggalkan sepi di rak).
Saya terpanggil untuk membaca 2012 ini kerana pengarangnya, dan juga kerana isinya. Mahu mengetahui lebih lanjut perbahasan mengenai 2012 yang dikatakan akan kiamat, dan hujah mengenai kiamat (yang pasti akan berlaku satu hari nanti).
Kebiasaannya saya akan menolak semua buku yang sedang dibaca apabila saya perlu menghabiskan buku yang amat saya minati. Pada mulanya mahu disimpan dahulu 2012 ini sebagai wishlist atas himpunan buku-buku saya, tapi nafsu baca saya tidak dapat dibendung. Mulanya agak rasa bersalah apabila terpaksa meninggalkan 4 buah buku yang sedang dibaca, tetapi apabila akal dan hati memberontak, terpaksa juga diikutkan rasa hati untuk membelek dan terus membaca 2012 hingga habis.
Insya Allah, akan diulas lagi tentang 2012.

Aktiviti perbukuan September
Alhamdulillah....selesai sudah Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-4 (2010) yang berjaya dianjurkan ITNM dengan kerjasama Komuniti Bukuonline.
Dikhabarkan seramai lebih 180 pencinta buku dihimpunkan di ITNM. Tema untuk tahun ini, yang berkaitan dengan penterjemahan, nampaknya berjaya menarik minat para pencinta buku. Beberapa kenalan yang sejak dari tahun 2006 (Seminar Pencinta Buku Malaysia yang pertama) juga nampaknya masih setia untuk menghadiri siri seminar ini.
Amat diharapkan hasil daripada seminar ini dapat menjadi satu pemangkin baru dalam gelombang pembacaan di Malaysia. Ada juga teman-teman dari Baca@LRT yang sama-sama hadir untuk memberikan sokongan padu kepada Komuniti Bukuonline.
Sehari selepas itu pula, saya diminta oleh pihak UiTM untuk menjadi moderator kepada program Wacana Malaysia Membaca yang membariskan ahli-ahli panel yang tidak asing lagi bagi pencinta kritikan filem - A. Wahab Hamzah dan Ku Seman.
Satu pengalaman yang amat berharga apabila dapat berkongsi fikiran dan mendapat ilmu baru dalam memperkatakan hubungan akrab antara buku dan filem.

Tuesday, September 21, 2010
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 (keempat)
INI ADALAH ENTRY PENGUMUMAN. UNTUK ENTRY TERKINI, SILA KE BAWAH.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Bukuonline akan menganjurkan Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 pada 21 September 2010, di Wisma ITNM. Ia adalah seminar yang keempat dianjurkan oleh Komuniti Bukuonline dalam siri Seminar Pencinta Buku Malaysia.
Maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.itnm.com.my/events/seminar_pencinta_buku_malaysia_2010/
Mohon kerjasama semua blogger pencinta buku untuk mewar-warkan seminar ini.

Tuesday, September 14, 2010
Sedang baca Mein Kampf
Mein Kampf atau My Struggle ditulis oleh Adolf Hitler semasa beliau dipenjarakan. Sebenarnya Mein Kampf adalah siri buku yang ditulis oleh Hitler iaitu sebanyak 3 jilid. Namun, hanya 2 jilid sahaja yang diterbitkan.
Mein Kampf sebenarnya merupakan sebuah buku autobiografi Hitler. Walaupun Hitler dikenali (Barat) sebagai seorang yang zalim (apabila membunuh jutaan Yahudi), beliau merupakan seorang pemikir nasionalis yang berzaman.
Menerusi Mein Kampf, saya dapat mengenali hati budi Hitler, yang juga seorang biblioholist. Sifatnya amat berlainan daripada apa yang digambarkan oleh Barat. Sebagai seorang pencinta seni (terutamanya lukisan dan teater), Hitler lebih bersifat manusia. Cuma bezanya beliau terlalu obses dengan bangsanya.
Itupun disebabkan oleh tekanan daripada bangsa-bangsa lain seperti bangsa Yahudi yang amat dibenci Hitler.
Mungkinkah Dilema Melayu boleh dilabelkan sama seperti Mein Kampf?

Thursday, September 2, 2010
Budaya Inovasi
Buku 'Budaya Inovasi' ini adalah himpunan (dan penulisan semula) Prof Zaini Ujang, yang pernah tersiar di Berita Harian.
Buku ini amat bermakna bagi saya kerana:
Pertamanya, penulisnya (Zaini Ujang) pernah menjadi jiran saya.
Keduanya, Zaini Ujang merupakan alumni UTM (begitu juga saya) yang kini menjadi NC UTM.
Ketiganya. Zaini Ujang menjadi idola saya ketika saya masih bergelar mahasiswa. Banyak tulisan beliau yang disiarkan di akhbar menjadi keratan-keratan yang disimpan rapi dalam fail bacaan.
Keempatnya. Tulisan Zaini Ujang yang berkisar mengenai alam sekitar dan pengurusannya amat rapat dengan minat dan kajian saya sekarang.
Malah, apabila selesai membaca buku ini, ada beberapa idea Prof yang dapat membantu saya menyiapkan disertasi PhD saya; misalnya Minda Lestari, Inovasi, Kreativiti. Ia dapat memberi ilham kepada saya untuk meneruskan perjuangan ideanya.
Walaupun buku ini merupakan himpunan rencana beliau yang pernah terbit di Berita Harian, namun uniknya buku ini adalah kerana setiap rencana itu dikemaskini dan dipanjanglebarkan penerangannya menerusi footnote.

Subscribe to:
Posts (Atom)