Saturday, March 24, 2012

3 bulan pertama 2012

Banyak peristiwa penting telah berlalu dan berlaku sepanjang tiga bulan pertama 2012. Yang rata-ratanya melibatkan buku dan budaya membaca. Tidak kurang juga peristiwa yang sempat saya terlibat bersama, sama ada secara langsung atau tidak.

Nampaknya perihal buku dan budaya membaca telah berjaya menyusup masuk secara terhormat ke dalam masyarakat kita. Ya, memang benar, saya belum bersedia untuk berpuas hati sepenuhnya, tetapi perkembangan terkini ini memang benar-benar mengujakan!

Bermula dengan pameran buku yang saban tahun dikunjungi ramai; kedai-kedai buku yang saban minggu juga sudah ada pelanggannya; aktiviti borak buku yang sana-sini sibuk diperkatakan; majlis perasmian buku baik ditulis 'orang besar' mahupun 'orang kecil' juga telah menjadi satu amalan rasmi yang gah; bantuan kerajaan melalui baucar buku walaupun nilai RM200 itu hanya mampu digunakan untuk membeli sebuah dua buku (tentunya buku yang baik harganya tinggi; tetapi buku picisan boleh dibeli 200 buah dengan jumlah itu); sekurang-kurangnya hal buku dan budaya membaca sudah boleh bertapak teguh di Malaysia.

Tetapi sayangnya, ruangan bicara buku dan budaya membaca di akhbar tempatan sudah ditamatkan...begitulah khabarnya.....