Thursday, October 30, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Hari Fine Arts



Pada hujung minggu yang lalu, saya banyak menghabiskan masa di galeri seni. Yang pertamanya, pada malam sabtu, memenuhi jemputan YM Raja Ahmad ke galeri RAnya. Kebetulan pula, kuratornya, Badrulhisham adalah kenalan rapat semasa belajar di Edinburgh dulu. Ini adalah pameran ke-17 bagi RA Fine Art Gallery, dan hampir lebih separuh daripada pelancaran pameran-pameran itu saya sertai. Walaupun bukan seorang artis ataupun faham tentang hal-hal seni, namun sejak perkenalan saya dengan Raja Ahmad juga sahabat-sahabat lain yang sentiasa bertemu di pameran-pameran ini, berjaya melembutkan hati saya terhadap hasil-hasil seni.

Kali ini, RA Fine Arts mengetengahkan satu pameran berjudul POP FICTION. Badrulhisham, yang juga seorang pensyarah seni di UiTM turut menulis satu artikel mengenai seni yang begitu menarik di dalam buku yang turut saya beli dari pameran itu.

Pada hari ahad berikutnya, saya menghadiri sebuah lagi perasmian pameran seni di Soka Gakai, Jalan Bukit Bintang, yang juga dianjurkan bersama dengan RA Fine Arts. Ia merupakan pameran solo Prof. Siti Zainon Ismail, yang berjudul Angin Si Pauh Janggi: Kenangan Makyong Khatijah Awang. Turut dibeli sebuah buku mengenai pameran ini.

Wednesday, October 22, 2008

Jualan Gudang MPH

Mungkin sudah ramai pencinta buku tahu bahawa MPH sedang mengadakan Jualan Gudangnya di Seksyen13, Petaling Jaya, dari tarikh 22-27 Oktober ini. Saya sudah membeli beberapa buah buku dengan harga begitu murah!

Monday, October 13, 2008

Jualan Gudang Payless

Semalam ke Jualan Gudang Payless di Puchong. Dengan RM32.00, saya beli buku-buku ini:
  1. Technostress
  2. Dules: A biography of Eleanor, Allen and John Foster Dulles and their family network (Leanord Mosley)
  3. Megatrends (John Naisbitt)
  4. The world book of house plants (Elvin McDonald)
  5. The miniature book of herbs
  6. Sick cities: pyschology and pathology of American urban life (Mitchell Gordon)
  7. Garfield weighs in (Jim Davies)
  8. Reading Lolita in Tehran: A memoir in books (Azar Nafisi)
  9. Cross-cultural human development (Robert L. Munroe and Ruth H. Munroe)
  10. Technology and the future (Albert H. Teich)
  11. Guide to the library of congress
  12. The industrial revolution in Englan - Blessing or curse to the working man?
  13. What you can do to help the homeless
  14. Education in China
  15. Poor support: Poverty in the American family (David T. Ellwood)
  16. The age of enterprise: A social history of industrial America (Thomas C. Cochran & William Miller)
  17. French dirt: the story of a garden in the south of france (Richard Goodman)
  18. 30 simple energy things you can do to save the earth
  19. 50 simple things you can do to save the earth
  20. Zlata's diary: A child's life in Sarajevo (Zlata Filipovic)
  21. I want to tell you (O.J. Simpson)
  22. South of the Frontera: Affectionate travel memoir (Lawrence F. Lihosit)
  23. Environment security and UN reform (Mark F. Imber)
  24. 2 minutes a day for a greener planet (Marjorie Lamb)
  25. The secret world of the Irish male (Joseph O'connor)
  26. Reading and writing before school (Felicity Hughes)

Monday, October 6, 2008

Artikel di Utusan Malaysia

Artikel saya bertajuk Buku dan Muzium yang diinspirasikan dari lawatan saya ke Melbourne baru-baru ini terbit di Utusan Malaysia hari ini.

Friday, October 3, 2008

Allahyarham Dr. Shaharom Husain

Semalam, seorang lagi tokoh meninggalkan kita. Dr. Shaharom Husain telah menghembuskan nafas terakhirnya di Gombak. Arwah yang berusia 88 tahun adalah seorang cendekiawan, sasterawan malah sejarawan yang begitu banyak meninggalkan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa.

Saya membaca sebuah buku yang diselenggarakan oleh Talib Samat yang diterbitkan pada tahun 2003 oleh Yayasan Warisan Johor, bertajuk Shaharom Husain Gapura Sastera Johor. Buku setebal 903 muka surat ini begitu padat dengan segala maklumat (malah begitu terperinci) mengenai Allahyarham Dr. Shaharom Husain. Buku ini merupakan himpunan artikel yang dikumpul oleh Talib Samat mengenai Dr. Shaharom Husain yang ditulis oleh pelbagai pengarang dan wartawan. Setiap satu daripada artikel ini (dan ada juga yang ditulis pada sekitar tahun 1970an, malah ada yang terbaru sehingga buku ini diterbitkan) begitu unik, memperkatakan kehebatan Allahyarham sebagai seorang guru, sejarawan, sasterawan malah pejuang kemerdekaan.

Melalui pembacaan saya ini, dapat saya simpulkan bahawa Allahyarham merupakan seorang insan yang begitu asyik belajar, mencari ilmu di pelusuk dunia sama ada secara formal mahupun secara tidak formal iaitu melalui siri kembaranya di beberapa buah negara.

Malah yang lebih menarik ialah sifat mendokumentasikan semua ilmu yang dipelajari Allahyarham. Allahyarham mempunyai perpustakaannya sendiri yang lebih dikenali sebagai Gapura Sastera di Johor.

Nama Allahyarham juga terpahat di dalam Dictionary of International Biography 1968 dan juga merupakan salah-seorang daripada 2000 nama yang terkumpul di dalam buku The Two Thousand Men of Achievement yang diterbitkan di England pada tahun 1969. Ia memuatkan biodata lengkap Allahyarham sehingga tahun 1969.

Sesungguhnya negara kehilangan seorang lagi cendekiawan yang begitu berharga kepada bangsa dan agama. Al-Fatihah.

Thursday, October 2, 2008

Kedai buku di Melbourne


Demam Melbourne belum lagi pulih. Masih terbayang-bayang keindahan bandar itu. Walaupun raya sudah berlalu...oh ya, Selamat Hari Raya kepada semua sahabat.

Sambil melihat-lihat kembali foto yang diambil, saya masih terbayang-bayang beberapa buah kedai buku yang sempat dijenguk. Dan pada setiap kedai buku tersebut, pasti saya beli sebuah dua buku sebagai kenangan. Tak terkecuali pada setiap muzium yang dilawati pasti ada juga buku yang disambar dan dibeli.

Antara kedai buku yang dua kali saya masuk ialah kedai buku terpakai di Flinders Road. Sebuah buku dihadiahkan kepada ayah bertajuk Australia's Prime Ministers yang dibeli dengan harga $10.00. Walaupun agak lama bukunya, tetapi amat bererti.